Pages

Friday 28 September 2012

CORETAN IBU

3 Hari berturut2 ibu ke kubur membcakan yassin untuk arwah. Ntah mengapa ibu tak boleh menangis mcm mana orng lain menangis, mungkin ibu dah banyak menangis sebelom eryna pergi. Ibu rasa lega sangat, lega sebab arwah dah tak sakit  lagi, dah tak derita lagi, dah tak kena cucuk lagi, dah tak kena sedut kahak lagi, dah tak kena intubate lagi dan mcm 2 lagi yang semuanya sangat menyakit kan eryna. Alhamdulllah syukur.

Allah S.W.T menyusun program orentasi untuk ibu dan ayah yang sangat cantik..Dia memberi ujian tapi bukan tahap maksimum. Ramai lagi insan yang menhadapi ujian Allah S.W.T yng lebih hebat dripda ayah dan ibu.

Ibu rasakan semua yang berlaku umpama tahun paradigma yang menguji ketahan mental dan fizikal,  Selesai nya tahun tersebut ibu betul-2 lega. kadang2 ibu mcm tak percaya yang ibu pernah lahirkan eryna, x percaya ibu pernah ada 2 orng anak, x percaya ibu telah lalui ujian ini selama 1 tahun.

Allah swt maha besar maha adil, dia tak bagi ibu merenung dan termenung dengn apayg telah berlaku. Ibu telah di panggil kerja semula di IKBNAG. InsyaAllah ibu akan mula kerja hari isnin  1/10/12. dah 1 tahun unpaid leave..ekonomi pon dah merosot..kini masanya untuk mula kan hidup baru.

Kakak damia pon mcm faham sngt dengn apa yang berlaku, sekarang dia tak nak berengang lagi dengn ibu.Dah lama dia berkorban demi adiknya.

Hari ni dah gi cuci rumah kat melaka... now kena set mood untuk kerja. Syukur Allah telah membuka mata ayah dan ibu.

Alhamdulillah....

.......TAMAT....


ANGLE PULANG KE RUMAH

25/9/12- jam 4.30 pagi eryna smpai dirumah Opah, Bidadariku di baringkan diatas katil putih yang cantik . Tatkala membuka ikatan kain batik yang menyelebungi Arwah, masyaAllah cantiknya dia umpama patung, kulitnya putih gebu, pipinya yang dulu merah kini tegang dan licin. Cantik nya dia,. Lalu ibu menbacakan surah yassin kpd sayang ku Eryna. Tersekat2 Tok wan baca Yassin kerna menahan sebak. Tak pernah ibu tengok tok wan menangis sebegitu.


Jam 8.00 pagi Arwah dimandikan , ibu dn opah riba Eryna ketika mandi. dan kemudian dikapankan. Jam 10.00 pagi bidadariku di bawah ke tanah kubur batu 9 Jalan Ipoh, chemor. Menitis air mata ayh dan ibu melihat ramainya yang dtg kekubur untuk iringi Arwah ke Syurga. Arwah tidak pernah berjasa pada sesiapa tetapi kisah nya terpahat disetiap hati orng yang mengenalinya.








PERGINYA BIDADARIKU

Semakin hari semakin kritikal ....
Eryna bertahan  sehingga lah hari isnin tatkala semua saudara telah pulang bertugas begitu juga tokwan pon dah balik kodiang. Ibu sangat takut pada hari isnin..ibu sentiasa tengok jam ...HARI ISNIN adalah hari eryna dilahirkan, Ibu pernah dengar yag kita akan mati pada hari kita lahir. Sepjang hari isnin 24/9/12 ibu sentiasa tak tenteram.

JAM 4 ptg time untuk sedut kahak erynea...Ibu dengn ayah relex je masa tu tengk nurse sedut kahak eryna. Tapi ibu jadi makin susah hati bila 3 kali begging SPO2 eryna tak pickup. spo2 naik sampai 80 pastu bila connect to ventilater spo2 turun perlahan2 sehingg 30. Doc memberitahu ERYNA memang tak boleh lagi diselamat kan. Doc mencadangkan SPO@ monitoring dan ventilator di OFF dan supaya ibu dan ayah tak boleh tengok condition dia dan tak kan beging lagi. tapi ayah dan ibu tak snggup.


Setelah melihat ERYNA mcm tu ayang membuat keputusan untuk tidak beging lagi....saat itu menggeletar seluruh badan ibu umpama nyawaibu yang akan di cabut. Ibu menagis, mohon maaf dengn Eryna, ibu Halalkan susu ibu, ibu ajar eryna mengucap. bekali-kali ibu ulang. Ibu riba eryna, ibu cabut tube feeding erynaa, ibu rasakan eryna akn peri sekejap lagi..jam 5.30 ptg SPO2 eryna hanya antara 30, h/rate average 100...ERYNA umpanya nyawa2 ikan saja. Saat itu ibu sudah redha, Eryna pergi lah kembalilah kepada penciptamu, itulah janjimu denganNYA, ibu tidak sanggup lagi melihat ERYNA derita,. Ibu sayang Eryna tapi Allah lebih sayangkan mu.


Namun Eryna masih bertahan , ibu mula resah, kenapa ERYNA tak bleh pergi, apakah hajat eryna yang tak tercapai, eryna tunggu SIAPA???, apa salah ibu dan ayah., kenapaerna tak boleh pergi lgi. raut wajah eryna sudah sepertiorg yang tiada, tapi jantung eryna masih berdenyut, mata eryna tutup tidak rapat. Ramai yang nasihatkan ib supaya redha.... tapi ibu memang dah redha sangt, ibu iklas lepaskan ERYNA.

Memandangkan Eryna masih bertahan, jam9 mlm  ayah mintk eryna di rawat seperti biasa diberi minum susu dan ubat seperti bias, betulkan kedudukan eryna seperti sedia kala, dan ibu cakap pada Eryna kalau eryna tak nak pergi ibu akan jaga eryna, kalau eryna nak pergi eryna pergilah ibu redha dan ibu tak an suruh eryna pergi lagi.

Semua saudara mara dan keluarga dh  jumpa ERYNa , Hanya 1orng yang ibu terfikir yang mungkin dia org yang eryna tunggu iaitu cikgu occupational terapi pn. nurul yang banyak latih eryna dari kecik hingga lah umur eryna 11 bulan, then cikgu nurul terbang ke U.K . ib send msg kat dia, mintak dia doakan supaya eryna mudah pergi, dan pergi dengn tenang, nurul nak skype tapi malang nya ibu tak de broadband pulak masa tu.

Tiba2 ibu terpikir nak tanya uncle nik pasal broadband, alhamdullilah ie ada bawa. ibu terus On PC, ibu cari cikgu nurul , tapi cikgu tak on9 pulak..YaAllah .. kasihannya ERYNA..around kul 11 mlm Ibu jumpa gambar cikgu nurul kat FB, ibu tunjukkan gambar tu pada ERYNa,  tak tahu la eryna nampak ke tidak, tpi ibu percaya ERYNa tahu apa yng ibu buat. setelah tunjuk gambar.. eryna bertahan lagi .

Sehinggalah jam 2.00am Tok wan datg dan pegang tangan ERYna tiba2 spo2 monitor trigger  TING...jantung eryna masa tu 56 thn naik balik 120... then sekali lagi  ..TING....TING...ting... jantung eryna kosong.. ibu ingatkan lead tertanggal dr bdn eryna .. ibu bertulkan.. tapi still kosong... ibu pegang dada eryna mcm tiada denyutan jantung.. terus ayah panggil doc ..dan doc telah sah kan eryna sudah TIADA>>>>--------------  rupa-rupanya ERYNA tunggu TOK WAN. Terhoyong hayang ttokwan jalan keluar dari bilik eryna sambil menangis.

Semua ahli keluarga yang berkampung diluar ward pon masuk tengok ERYNA

SYARIFAH ERRY ERYNA BINTI SAYED ERYAS NORMAYUDDIN mengidap penyakit HYPOXIC ISCHEMIC ENCEPHALOPHATHY  STAGE 3 telah dirawat selamat 1 tahun 6 hari di hospital dan tidak pernah pulang kerumah, telah pergi mengadap ILAHI pada 25/09/12 , hari selasa , jam 2.15 am. di HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN , IPOH PERAK. 

Al - fatihah.

ERYNA NAZAK

Salam sayang syarifah erry eryna....

19/9/2012-genab lah umur eryna 1 tahun. suprised bila ibu dah ayah datg hopital katil ERYNa dihias dengan belon dan banner happy birtday,

Semuanya disediakan oleh nurses and staff picu..malangnya sebelom ibu smpai spital doc alex cal plan to intubate eryna. Ibu dengn Ayah pon setuju je sebab do something better than nothin, . smpai je spital eryna telah di intubate berbajukan baju birthday eryna.
Doc Alex plan untuk tukar trache, clearkan tissue2 yang ada dan set line . kul 12.30pm lps bergambar dengan Specialist yang lama menjaga eryna

dan setelah potong cake diwakilkan oleh syarifah erry damia (kakak eryna)
  Eryna pon bersedia untuk ke bilik OT
 Hampir 3 jam eryna dibilik O.T...ibu dan ayah risau sngt masa tu. lepas tu eryna pon kuar dri bilik OT. kesian sangat kat eryna , sentap gile ibu dan ayah on your birthday u r not in gud condition. Sebelom g OT ibu dan ayah sempat bercakap  dengan pakar perunding kanak2 yang merawat eryna sejak umur eryna 4 hari. Beliau memebritahu bahawa dulunya Eryna ada peluang untuk pulang kerumah, tapi hari ni ERYNA tak akan boleh balik ke rumah. Ibu dan ayah faham sangat maksud doc tu. Penyakit eryna sekarang adalah disebabkan long term ventilated.
Eryna terus demam kuat suhu within 38 - 39, eryn tak pernah smai gini. ibu tgok gigi eryna senget sebelah.ton suction banyak darah,. Peha eryna kena cucuk lagi sampai lebam teruk ke dua-dua belah peha
Ibu kira lebih daripda 20 kesan jarum pada tiap2 peha. Sedih sangat tengok eryna masa ni. Eryna berterusan tak bukak mata sejak balik dari bilik OT. Opah dah call nenek , papa, mami suruh balik, pah wan and mak long pon sampai on that day sebab condition eryna sgt membimbangkan.

20/09/2012 - Eryna nampak getting worst. Specialist panggil ibu dan ayah untuk bincang. Doc beritahu keadaan eryna sangat tak stabil. Masa ni ada 2 pilihan sahaja
1- we go all out - maknanya cari lagi line, kalu perlu cucuk pada tulang, atau mcm2 lagi yang semetinya menyakitkan Eryna dan hasilnya yang belom pasti eryna akan boleh jadi lebih baik. kalau recover from infection pon eryna still takboleh bernafas sndiri, still depend on machine, and mcm2 problems lagi yang akan berlaku, dan antibiotik tidah boleh menjamin untuk pulihkan paru-paru yang rosak.
2- let her go peacefully- doc takkan cucuk2 lagi. tak kan sakiti dia lagi dan biar lah dia pergi perlahan - lahan.

Setelah mendengar penjelasan doktor ayah buat keputusan untuk pilih option ke 2 iaitu biarlah eryna pergi perlahan- lahan  dengan banan mesin pernafasan dan begging jika perlu dan seandainya tiba masa jantung eryna BERHENTI ayah tak nak CPR eryna. Ibu setuju dengn ayah. Mungkin ada orng lain yng taksetuju dngn pilihan ibu dan ayah, tapi mereka semua tak faham eryna ,hanya ibu dan ayah yang faham eryna. Tiada ibu bapa yang sanggup tengok anaknya sakit setiap hri dan sepnjang hayat.

Berat mata memadang berat lagi bahu memikul. Delima , serba salah menyelebungi ibu dan ayah. Hanya Allah yang tahu.



Monday 17 September 2012

ERYNA MASIH TAK OK


Condition eryna sekarang sangt tak bagus. setting servo- i dah tinggi tapi eryna tak boleh achive 100% pon.


 Kul 1.00am fio2 eryna naik lagi 90% huhuhu..takdpt 100% gak.
Ibu mintak doc bagi ubt tdo kt eryna  sbb u look so restlest my dear. Eryna sakit kot. lepas eryna kena ubat tida memang eryna tido nyenyak sampai DESAT 84.

Line kat kaki kanan dah rosak dah bengkak, merah. asyik rosak je. dh nk kene cucuk lagi. semua tmpt dah lebam .tak tau la nak cucuk kt ne lagi. Pukul 5.00 pagi doc cari line lagi  tapi tak dapat. Tgh hari ni doc cari line lagi sampai bersila kat atas katil  eryna tapi tak dpat jugak..



 Bahagian-bahagian yang kena cucuk, stiap tmpat tu bukan 1 jarum je tapi 2 3 jarum smpai naik lebam la. Mingguni eryna eruk skit la.. smpai mlm ni 17 sept 2012 @ 10.45pm eryna masih tak dpt line.Doc bagi oral antibiotik je. nk bagi morphine pon tak boleh sebab tak de line.. kalau ubat2 oral kurng power dan kesan lambat. Doc ada plan naik bagi  Eryna Moto bot..huhuh ngerinya..Eryna kena kuat..jgn smpai kena guna moto boat.


Birthday  lgi 2 hri,cndition eryna still not good..mcm mana nk potong kek ni.. kakak mia dah excited nk tolong potongkan.

Ibu doa kan Eryna terus kuat  dan apa saja yang terbaik untuk my dear angle.










Friday 14 September 2012

ERYNA MASIH TAK OK

SINCE hari tu ERYNA up n Down..Today eryna DOwN..
X-ray nampak paru 2 eryna putih sebelh kiri, may be infection, kahak, collpse....maybe semua tu..eryna guna setting yang tinggi since ast night

SIMV + pressure support mode , FiO2 0.8 , Peep 6, Simv rate 40, Pc above Peep 14...

Hari kena set line ..kesian ERYNa kena cucuk sana sini , ada 8 tempat kena cucuk smpai lebam..setiap tempat tu bukan 1 jarum je kena ,,lebih dari tu..after 1 jam lebih dapat la line eryna kat kaki kanan





Eryna lemah sangt lps cucuk..

mlm ni eryna ok skit spo2 achive 100% tapi FIO2 80% lagi...

Belakang eryna pon makin teruk dah merah semuanya.. mesti gatal gile..ibu letak zinc oxide ngan aquos cream je, pastu ngiringkan eryna..hope betr




muke pon teruk gak




Dah lama eryna tak melaram baju cantik 2.. hari lahir dah makin dekat.. mcm mana nak celebrate ni..
Eryna kuatkan semangat k.

i  love u

CERITA HARI KHAMS 6/9/12

salam sayang my dear eryna,..

Kul 8am @ 6/9/12 __-dr ENT sudah tercegat depan eryna 1 M.O 1 pakar....plan dc untuk tukar tiub trache eryna kpada size yg lbih kecil iaitu 4.0..dan eryna tk bleh lagi disedut kahak dalam2 krn untuk.mngelakkan tissue pada carina menjadi lebih teruk serta untuk menyembuhkan granulation tissue yg sedia ada...ayah dah bgitau doc yg eryna msti kena sedut kahak dalam2 ,sebab eryna tak boleh batuk dengan kuat dn kahak eryna tak naik pada tiub...tapi dc tetap tak bagi sedut dalam2....masa u ibu tk ada dirumah jaga kakak.

Lpas tukar trache size 4.0dan suction yng tidak dalam..eryna restless...spo2 tk pickup  86-90% je.dlm kul 1130 dr ENT datng dn decide untuk skop eryna lgi..kemudian tukar tiub size 5.0 pulak..then after that pakar Ent  relised that eryna kena sedut dalam tetapi bila perlu shaja.

kesian eryna hari tu..

Monday 3 September 2012

3RD SEPTEMBER 2012

3rd sept 2012,

Dr meena come n inform that  Eryna will be refer to Hospital Alor star due to her granulation tissue..so tunggu la apadr alorstar ckp. may be eryna kena g alor star lak..

                                                              eryna hari ini  

Dear...im so sad tonite..huhu.........

JAM 3 PAGI

Jam 3 pagi tatkala semua orng sdng nyenyak tdo bgitu juga dngn angle ku eryna tiba2 spo2 eryna trigger.....eryna desat smpai 50% .ibu pon terus bngun dan begging ...then ibu n nurse suction eryna pastu mandikan eryna pgi2 buta ni..eryna masam..brpeluh..nmpk uncnfortble..lps tu eryna smbung tdo..fio2 given 15liter..tinggi tu..now spo2 eryna maintain 99%..

Dah kul 4 pg pon..time minum susu pedisure..lps update blog ibu bgi k.

Dah lma ibu tak tdo dgn eryna..mlm ni mng ibu tk bleh tido nyenyak..Ada bby kat depan katil eryna asyik nangis je,dia lapar, dia kena puasa..admit sebab mntah darah.....

Ok sayang kite minum ye.. gud nite

kul 6 pagi ,1sept 2012..........HO datang ambil darah eryna untuk c.b.g..pastu datang lagi ambil lagi..ibu tanya die tadi kan dh ambil ..katanya yg tadi tak cukup..bengang nye...suke-suke die je nk cucuk eryna..fikir la dulu sblom ambil drah tu...
dh dapat result darah tu PH 7.1, CO2 148, ..tingi gile CO2, PH tak bagus...patut la eryna tdo je,,rupanya dia penat...

Ibu bising kat HO tu, apa plan doc..CBG result tak bagus..then MO dtg suruh suction..then ibu n nurse suction kahak eryna..memang banyak gile kat trache,,yellow and thick...Eryna was attached to servo-i , lps tu ambil CBG lagi CO2 turun skit 114,.   

Semalam 31st August 2012 around 11.00AM -Hospital BLACKOUT!!!!!....sampai la kul 3pm electricity backup by UPS je..Kul 3.00pm blackout lagi..UPS bckup pon dah habis power..ape lagi..Begging la secara manual..15min jugak la..then electricity recover...nasib baik masa tu hanya eryna yng guna machine..bayang kan kalau ramai yng bernafas bergantung pada mesin masa tu...habiss  la...

Hari ni 01st sept, 12noon  Dr. Meena from ENT deprtmn datang check trache ERYNA , dia try suction eryna,,then dia rasa mcm ada granulation tissue..dia tukr thrache tube eryna..and try suction lagi..still same..so she decide to do bronkoskopi http://vimeo.com/13204484 untuk lihat granulation tissue mcm video kat link ni http://www.youtube.com/watch?v=QSF8lwsPdlw  
tapi tissue eryna tumbuh pada bhagian main bronski.

Dr Meena decided to dscuss with her HOD then come bck on monday morning with their plan.





Friday 31 August 2012

NYAWA ERYNA ...

Nyawa Eryna bergantung pada alat bantuan pernafasan yang bernilai RM 45,550.00. Eryna masih tunggu kelulusan dari Kementerian Belia dan Sukan..Dah 2 bulan submit..tapi ntah la..kata person incharge bhagian sumber manusia flow nye mcm ni  IBU - IKBNAG-KBS-JPA-KKM-HKL-HRPB.. hmm bayangkan mcm mana prmohonan tu akan pusing balik kepada ibu.. jauh kan perjalanan borang tu..pastu tambah pulak PIC each deprtmn berpuasa, sibuk nk sambut raya, nak smbut merdeka lagi...sian diorng bz.. kite sabar ye ERYNA.   Menyirap je ibu rasa bila doc housement bagitau..PIC bhgian sumber ckp permohonan tu nanti kena pilih tgok priority,ramai lagi yg mohon home ventilator  nk tunggu semua pastu nk wat meeting sekali arung....kalau mcm tu la..berjanggut la kite kt spital ni.nangis la jugak. masa tu ibu tgh makan..terus terbntut dgr info dr doc pasal status permohonan. Bilik ERYNa dah siap kat umah.. Wiring dah buat.katil pon dahready..now tungguERYNA je.

Vivo 40  ni machine utama ERYNA .yang saja cost RM 29K. fungsinya untuk bagi tekanan supaya paru-paru eryna kembang dan kecut dan menolak oksigen masuk ke paru2

ni oksigen concentrater, fungsinya untuk supply oksigen pada eryna =RM 5k

SPO2 MONITOR-untuk pantau denyutan jantung dan oksigen dlm badan ERYNA..ni alat yg akan tunjukkan keadaan eryna ok ke tak. RM 5k


suction machine-utk sedut kahak RM  2k


oxsigen tank-backup oksigen kalau rumah blackout..rm 1k++

Yang ni ambu beg..hmm yang ni alat yng pling penting ..kalau semua alat tak ok..alat ni lah yang akan bantu eryna untuk survive . fungsinya sama mcm vivo40, bezanya tak guna letrik, guna tangn je. RM 500.00

NI SEMUA ALAT YANG ERYNA TGH TUNGGU BAGAI BULAN JATUH KE RIBA..HUHUHU

                                             .....ini bukan eryna...hanya untuk tatapan je

Thursday 30 August 2012

MERDEKA??..bila eryna nk merdeka


tak sabar nk tunggu eryna merdeka!!!!!!
 
hari ni eryna pakai baju raya lagi...eryna tak ok since yesterday morning..fio2 10liter spo2 only 93%,, u r not as usual...ibu dah ckp dengn MO of today.. the plan is X-ray, kiv change to Servo-i ..kiv review from ENT.... 





Sedia la ibu mengenangkan..bila eryna akan betul2 stable....so far within 2 months eryna mesti kena guna servo-i,,,,,,vivo dah tak bleh support eryna...

Rindunya ibu kat kakak damia..ibu dah tak boleh fokus pada kakak..ibu umpama ibu ke-2 bagi kakak..sbb ibu dah kurang masa dengn kakak.. kalau kakak balik ipoh pon.. ibu hanya jumpa pagi je..then ibu akan ke hospital jaga eryna smpai mlm......

hmmm... tak nampak lak neurologist  nak tanya pasal HBOT http://www.hbot.com/hbot





Sunday 26 August 2012

SELAMAT HARI RAYA SAYANG


Selamat hari raya eryna...dah seminggu berlalu aidilfitri...semua orng dah balik bekerja. tinggallah ibu dan ayah di ipoh bersama eryna..


banyak baju raya eryna tahun ni.. baju yang sedondon ni ibu yang sediakan.

kebaya nyonya ni eryna pakai raya ke-2..ini baju kakak tahun lepas


yang hijau ni mama yang blikan..eryna pakai raya ke-3


auntie lin bagi dress..auntie noreen bagi dress pigeon ..mama ada bagi dress jugak.. ibu blikan sport dress and tshirt hush puppies uk eryna raya ni...
duit raya eryna dapat lebih dari RM500.00.. alhamdlillah.

23/8/2012- eryna tukr trache by doc ENT..ibu risau sangt..sbb takut terjadi mcm sblom ni..proses tukar kali ni nampak senang... eryna pon tak biru....lepas 2 jam dengn trache baru..eryna demam hingga lah semalam 26/8/2012 eryna nampak pucat...spo2 lambt sngt pickup...lastly doc ian bagi eryna pakai SERVO-i...dpt je mesin beso tu eryna terus tido mcm pengsan setelah keletihan mcm tak tido 3 hari. HO amik CBG pon eryna tak sedar.. setting doc bagi fio2 100% pon spo2eryna tak dpt 100% . lps setengah jam baru ok skit...slowly doc turunkan setting until now 27/8/2012@2.15 , fio2 35% spo2 94%.Eryna look lebih baik hari ni.




Tuesday 31 July 2012

1ST TIME ERYNA NAIK STROLLER

8/8/12; hari ni 1st time eryna naik stoller jalan2 kat PICU je..bawa dia keluar kat koridor picu ..dah lama Eryna tak tgk matahari..tak rasakan tiupan angin sebenar...hmmm hari ni eryna dpt feel tu...sampai merah pipi eryna mcm pakai blusher je...happy nye eryna sampaikan tertido atas stroller...

At least hari ni ibu tau macm mana nk susun machine2 eryna kalau nk bawa eryna jalan2 nanti..papepon im proud of u my lil strong gurl......

15/8/12So far eryna nampak  stabil sangat.. rasa mcm nk bawa balik umah sangat2..nak raya kat umah..tapi alat2  eryna blom lulus lagi...dah sebulan lebih dah mohon tapi tak dapat lagi. harap2 eryna jangan la kena infection lagi..kalau tak progress eryna merosot la...Eryna makin kuat , tahan lasak skit..kalau kena kacau2 pon eryna tak cepat desat. duduk tegak pon eryna ok tapi kena support la kat leherdan belakang..bestnya eryna dapat baring atas ibu.. dah lama eryna tak baring atas ibu sejak buat trache eryna sensitif, desat...now ok skit..eryna banyak main dan senyum...

Eryna hari ni birtday Amrullah yg ke 1st tahun...kite doa kan dia cpt2 sihat ye.. now die kena intubated lagi..

2 3 hari lps ibu tak fll time ngn eryna sbb ibu sibuk dokbuat kuih raya dengn mak Amrullah...dapat la buat 4  jenis.... jadi la







Friday 27 July 2012

ERYNA HAPPY SANGAT

Salam...

sepanjang minggu ni ERYNA happy sangat lps recover from fection ritu...Alahamdullilah..sedikit keceriaan pada eryna dah cukup untuk ibu walapon hakikatnya erynabergantung hidup dengan mesin...GIGI eryna dah tumbuh bahgian atas 2 batang mcm rabit...jarang pulak tu..gigi bawh lagi 2 batang ..coming soon..
ERYNA mingguni doc Alex ckp dia dah reply laporan perubatan kepada lawyer..so we start theball ROLLING.....
Kadang2 bila eryna active mcm minggu ni ibu rasa eryna akan jadi normal people one day...tapi bila eryna infection  ibu rasa eryna memang akan terbarng seumur hidup...ERYNA kena kuat..ibu sentiasa doakan eryna yang terbaek..InsyaAllah

Sepatutnya ibu ngn ayah nk bawa kakak mia g bli baj raya..tapi ERYNA tak td lagi ni..tak sampaia hati tinggal eryna plak...so cancle lah..

Thursday 19 July 2012

EPISOD BARU BERMULA

Bila eryna dah dibawa untuk minum susu...everybdy pon balik...thenayah pon balik...tinggal la ibu sorang-sorang di ward tu...kul 1 pagi @20/09/2011..doktor pakar peadatric datang dan inform yang eryna turn blue after  1st feeding dan telahdi masukkan ke dalam incubator...sedih dan binggung ibu masa tu,, then ibu cal ayah and inform..tak pernh terlintas dlm fikiran ibu yang eryna akan create problem...ibu risau tapi tak tau serious sngt ke problem eryna masa tu..

jantung dah check, darahdah check , air kencng dah check..semuanya -ve....stiff movement....badan bengkak...Y?..doc pakar peads diKPJ ckp tak tau nape eryna mcmtu...memalukan seorng doc pakar yg keje di KPJ ipoh specialist..bagijawapan TAK TAU....

sentap...sedih..dengar dan tgok..orng katil sebelah dokmain2 ngan baby dia...

now 20/7/2012@1.10pm @hrpb...Doc Elin tengh set line untuk masukkan antibiotik...after x-ray tdi paru2 eryna infection..sebelah kiri nampak teruk...doc pegang  tangan eryna..then erynaterus nangis...eryna dah tau doc nk kerjakan eryna...tadi  ibutggu kat situ..now ibu pon dah lari dari situ...tak sanggup nk tgok muka eryna yang menahan kesakitan...ibu dok kat tempat Qaseh jap then update post ni..telinga ibu masih dengar eryna mengerang....sebaknya tgok eryna..

smbung balik crita tadi.. after 4days @22nd/09/2012 @8.30am eryna dihantar  ke hospitalipoh (HRPB) dan tinggal ibu sorang2  kpj JAHANAM TU..smpai sana eryna di tempatkan di PICU @bed 1..1st doc yang ayah jumpa kat sana is doc jaya(pakar perunding peadatrik) doc jaya ckp after 1time saw eryna ..eryna tak seperti yang digambarkan oleh pakar peads di kpj..eryna look better..eryna masih dalam incubator.

 dipendekkan crita..umur eryna lbh kurang 2minggu eryna dihantar ke wad 6c..MRI was done, then eryna kena 1st infection..then transfer back to PICU, .From th MRI , doc diagnose penyakit eryna HYPOXIC ISCHEMIC ENCEPHALOPHATY -(HIE) stage III., kekurangan oksigen pada otak...apa benda tu????...

lpas tu ibu n ayah pon search la kat internet tetng HIE..so faham la kami ape tu HIE..

kesannya ada eryna sekarang..eryna tak boleh menelan, takboleh bernafas dengan sendiri, mata eryna tak moving, slow movement...eryna dah ke intubate sehingga 16 kali then ibu ngan ayah decided untuk accpt offer doc jaya untuk buat tracheostomy..dari 1st intubate hingga ke 16kali @ age 2 minggu -8months..selama itu  ibu n ayah skalu sesak nafas bila tgok eryna biru, lembik dah mcm patung,,,masa tu eryna main2 je ngn nyawa eryna...but now till yesterday @ ur age genap 10mnth...we relise that u an angle who fight for ur life..n tday 20/7/12 u r still on the bed 7 @picu ipoh.

akhirnya after  20 minit nurse azizah dapt line eryna kat  kaki kanan..doc elin masih mengerjakan eryna nk ambil darah untuk hantar sample nk check jenis kuman yangtelah dijangkiti oleh eryna..

kesiannya eryna....ibu doakan Allahberi yang terbaikuntuk eryna...insyaALLAH...eryna esk 1 ramadhan...tahun ni ibu and ayah akan berpuasa dan raya dgn eryna di spital..

http://emedicine.medscape.com/article/973501-overview
http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articlekey=3875

Tuesday 17 July 2012

SYARIFAH ERRY ERYNA

Assalamualaikum

Esok genab 10 bulan umur eryna dan genab 10 bulan eryna berjuang di hospital....baru hari ni ibu decide nk buat blog untuk eryna. Hope blog ni akan jadi kenangan untuk eryna. kalau eryna dah besar nanti maybe ibu pon dah tak ingt lagi sejarah eryna masa kecik2..

Eryna dilahirkan pada 19/9/2011@kpj ipoh@8.48pm@40weeks@3.29kg  melalui kaedah ceaser vacum..ibu try to deliver secara normal tapi tak berjaya sebab eryna tak nk turun kebawah..dah buka 7-8cm pon eryna tak nk kuar gak..so terpaksa la ibu accpt tuk ceasrbik mcm mu.

1st time ibu tgok eryna kat labour room, muka eryna sebijik mcm muka kakak damia masa kecik...Allhamdulillah eryna selamat

Masa kat dalam bilk OT ibu sejuk sangat ..bila ibu dah stabil ibu dipndahkan kan ke ward..then nurse pon bawa eryna jumpa ibu ..comel sngt..semua ada masa tu tgok eryna then dalam kul 10mlm nurse bawa eryna pergi untuk disusukan....