3 Hari berturut2 ibu ke kubur membcakan yassin untuk arwah. Ntah mengapa ibu tak boleh menangis mcm mana orng lain menangis, mungkin ibu dah banyak menangis sebelom eryna pergi. Ibu rasa lega sangat, lega sebab arwah dah tak sakit lagi, dah tak derita lagi, dah tak kena cucuk lagi, dah tak kena sedut kahak lagi, dah tak kena intubate lagi dan mcm 2 lagi yang semuanya sangat menyakit kan eryna. Alhamdulllah syukur.
Allah S.W.T menyusun program orentasi untuk ibu dan ayah yang sangat cantik..Dia memberi ujian tapi bukan tahap maksimum. Ramai lagi insan yang menhadapi ujian Allah S.W.T yng lebih hebat dripda ayah dan ibu.
Ibu rasakan semua yang berlaku umpama tahun paradigma yang menguji ketahan mental dan fizikal, Selesai nya tahun tersebut ibu betul-2 lega. kadang2 ibu mcm tak percaya yang ibu pernah lahirkan eryna, x percaya ibu pernah ada 2 orng anak, x percaya ibu telah lalui ujian ini selama 1 tahun.
Allah swt maha besar maha adil, dia tak bagi ibu merenung dan termenung dengn apayg telah berlaku. Ibu telah di panggil kerja semula di IKBNAG. InsyaAllah ibu akan mula kerja hari isnin 1/10/12. dah 1 tahun unpaid leave..ekonomi pon dah merosot..kini masanya untuk mula kan hidup baru.
Kakak damia pon mcm faham sngt dengn apa yang berlaku, sekarang dia tak nak berengang lagi dengn ibu.Dah lama dia berkorban demi adiknya.
Hari ni dah gi cuci rumah kat melaka... now kena set mood untuk kerja. Syukur Allah telah membuka mata ayah dan ibu.
Alhamdulillah....
.......TAMAT....
No comments:
Post a Comment