Pages

Friday, 28 September 2012

ERYNA NAZAK

Salam sayang syarifah erry eryna....

19/9/2012-genab lah umur eryna 1 tahun. suprised bila ibu dah ayah datg hopital katil ERYNa dihias dengan belon dan banner happy birtday,

Semuanya disediakan oleh nurses and staff picu..malangnya sebelom ibu smpai spital doc alex cal plan to intubate eryna. Ibu dengn Ayah pon setuju je sebab do something better than nothin, . smpai je spital eryna telah di intubate berbajukan baju birthday eryna.
Doc Alex plan untuk tukar trache, clearkan tissue2 yang ada dan set line . kul 12.30pm lps bergambar dengan Specialist yang lama menjaga eryna

dan setelah potong cake diwakilkan oleh syarifah erry damia (kakak eryna)
  Eryna pon bersedia untuk ke bilik OT
 Hampir 3 jam eryna dibilik O.T...ibu dan ayah risau sngt masa tu. lepas tu eryna pon kuar dri bilik OT. kesian sangat kat eryna , sentap gile ibu dan ayah on your birthday u r not in gud condition. Sebelom g OT ibu dan ayah sempat bercakap  dengan pakar perunding kanak2 yang merawat eryna sejak umur eryna 4 hari. Beliau memebritahu bahawa dulunya Eryna ada peluang untuk pulang kerumah, tapi hari ni ERYNA tak akan boleh balik ke rumah. Ibu dan ayah faham sangat maksud doc tu. Penyakit eryna sekarang adalah disebabkan long term ventilated.
Eryna terus demam kuat suhu within 38 - 39, eryn tak pernah smai gini. ibu tgok gigi eryna senget sebelah.ton suction banyak darah,. Peha eryna kena cucuk lagi sampai lebam teruk ke dua-dua belah peha
Ibu kira lebih daripda 20 kesan jarum pada tiap2 peha. Sedih sangat tengok eryna masa ni. Eryna berterusan tak bukak mata sejak balik dari bilik OT. Opah dah call nenek , papa, mami suruh balik, pah wan and mak long pon sampai on that day sebab condition eryna sgt membimbangkan.

20/09/2012 - Eryna nampak getting worst. Specialist panggil ibu dan ayah untuk bincang. Doc beritahu keadaan eryna sangat tak stabil. Masa ni ada 2 pilihan sahaja
1- we go all out - maknanya cari lagi line, kalu perlu cucuk pada tulang, atau mcm2 lagi yang semetinya menyakitkan Eryna dan hasilnya yang belom pasti eryna akan boleh jadi lebih baik. kalau recover from infection pon eryna still takboleh bernafas sndiri, still depend on machine, and mcm2 problems lagi yang akan berlaku, dan antibiotik tidah boleh menjamin untuk pulihkan paru-paru yang rosak.
2- let her go peacefully- doc takkan cucuk2 lagi. tak kan sakiti dia lagi dan biar lah dia pergi perlahan - lahan.

Setelah mendengar penjelasan doktor ayah buat keputusan untuk pilih option ke 2 iaitu biarlah eryna pergi perlahan- lahan  dengan banan mesin pernafasan dan begging jika perlu dan seandainya tiba masa jantung eryna BERHENTI ayah tak nak CPR eryna. Ibu setuju dengn ayah. Mungkin ada orng lain yng taksetuju dngn pilihan ibu dan ayah, tapi mereka semua tak faham eryna ,hanya ibu dan ayah yang faham eryna. Tiada ibu bapa yang sanggup tengok anaknya sakit setiap hri dan sepnjang hayat.

Berat mata memadang berat lagi bahu memikul. Delima , serba salah menyelebungi ibu dan ayah. Hanya Allah yang tahu.



No comments:

Post a Comment