Eryna bertahan sehingga lah hari isnin tatkala semua saudara telah pulang bertugas begitu juga tokwan pon dah balik kodiang. Ibu sangat takut pada hari isnin..ibu sentiasa tengok jam ...HARI ISNIN adalah hari eryna dilahirkan, Ibu pernah dengar yag kita akan mati pada hari kita lahir. Sepjang hari isnin 24/9/12 ibu sentiasa tak tenteram.
JAM 4 ptg time untuk sedut kahak erynea...Ibu dengn ayah relex je masa tu tengk nurse sedut kahak eryna. Tapi ibu jadi makin susah hati bila 3 kali begging SPO2 eryna tak pickup. spo2 naik sampai 80 pastu bila connect to ventilater spo2 turun perlahan2 sehingg 30. Doc memberitahu ERYNA memang tak boleh lagi diselamat kan. Doc mencadangkan SPO@ monitoring dan ventilator di OFF dan supaya ibu dan ayah tak boleh tengok condition dia dan tak kan beging lagi. tapi ayah dan ibu tak snggup.
Setelah melihat ERYNA mcm tu ayang membuat keputusan untuk tidak beging lagi....saat itu menggeletar seluruh badan ibu umpama nyawaibu yang akan di cabut. Ibu menagis, mohon maaf dengn Eryna, ibu Halalkan susu ibu, ibu ajar eryna mengucap. bekali-kali ibu ulang. Ibu riba eryna, ibu cabut tube feeding erynaa, ibu rasakan eryna akn peri sekejap lagi..jam 5.30 ptg SPO2 eryna hanya antara 30, h/rate average 100...ERYNA umpanya nyawa2 ikan saja. Saat itu ibu sudah redha, Eryna pergi lah kembalilah kepada penciptamu, itulah janjimu denganNYA, ibu tidak sanggup lagi melihat ERYNA derita,. Ibu sayang Eryna tapi Allah lebih sayangkan mu.
Namun Eryna masih bertahan , ibu mula resah, kenapa ERYNA tak bleh pergi, apakah hajat eryna yang tak tercapai, eryna tunggu SIAPA???, apa salah ibu dan ayah., kenapaerna tak boleh pergi lgi. raut wajah eryna sudah sepertiorg yang tiada, tapi jantung eryna masih berdenyut, mata eryna tutup tidak rapat. Ramai yang nasihatkan ib supaya redha.... tapi ibu memang dah redha sangt, ibu iklas lepaskan ERYNA.
Memandangkan Eryna masih bertahan, jam9 mlm ayah mintk eryna di rawat seperti biasa diberi minum susu dan ubat seperti bias, betulkan kedudukan eryna seperti sedia kala, dan ibu cakap pada Eryna kalau eryna tak nak pergi ibu akan jaga eryna, kalau eryna nak pergi eryna pergilah ibu redha dan ibu tak an suruh eryna pergi lagi.
Semua saudara mara dan keluarga dh jumpa ERYNa , Hanya 1orng yang ibu terfikir yang mungkin dia org yang eryna tunggu iaitu cikgu occupational terapi pn. nurul yang banyak latih eryna dari kecik hingga lah umur eryna 11 bulan, then cikgu nurul terbang ke U.K . ib send msg kat dia, mintak dia doakan supaya eryna mudah pergi, dan pergi dengn tenang, nurul nak skype tapi malang nya ibu tak de broadband pulak masa tu.
Tiba2 ibu terpikir nak tanya uncle nik pasal broadband, alhamdullilah ie ada bawa. ibu terus On PC, ibu cari cikgu nurul , tapi cikgu tak on9 pulak..YaAllah .. kasihannya ERYNA..around kul 11 mlm Ibu jumpa gambar cikgu nurul kat FB, ibu tunjukkan gambar tu pada ERYNa, tak tahu la eryna nampak ke tidak, tpi ibu percaya ERYNa tahu apa yng ibu buat. setelah tunjuk gambar.. eryna bertahan lagi .
Sehinggalah jam 2.00am Tok wan datg dan pegang tangan ERYna tiba2 spo2 monitor trigger TING...jantung eryna masa tu 56 thn naik balik 120... then sekali lagi ..TING....TING...ting... jantung eryna kosong.. ibu ingatkan lead tertanggal dr bdn eryna .. ibu bertulkan.. tapi still kosong... ibu pegang dada eryna mcm tiada denyutan jantung.. terus ayah panggil doc ..dan doc telah sah kan eryna sudah TIADA>>>>-------------- rupa-rupanya ERYNA tunggu TOK WAN. Terhoyong hayang ttokwan jalan keluar dari bilik eryna sambil menangis.
Semua ahli keluarga yang berkampung diluar ward pon masuk tengok ERYNA
SYARIFAH ERRY ERYNA BINTI SAYED ERYAS NORMAYUDDIN mengidap penyakit HYPOXIC ISCHEMIC ENCEPHALOPHATHY STAGE 3 telah dirawat selamat 1 tahun 6 hari di hospital dan tidak pernah pulang kerumah, telah pergi mengadap ILAHI pada 25/09/12 , hari selasa , jam 2.15 am. di HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN , IPOH PERAK.
Al - fatihah.
No comments:
Post a Comment